Selamat datang ke Perpustakaan Politeknik Port Dickson. Kami komited dalam menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang cekap dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

OBJEKTIF KELAB SAHABAT PERPUSTAKAAN



Kelab Sahabat Perpustakaan ditubuhkan bertujuan untuk:
1.     Membantu dalam mempromosikan perpustakaan kepada para pelajar 
2.     Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan perpustakaan  
3.     Membantu dalam kerja-kerja kecil di dalam perpustakaan 
4.     Menggalakkan para pelajar berpersatuan 
5.     Membina keyakinan dan meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi dan membuat keputusan

    Aktiviti Tahun 2010


    Mini Karnival JPP



    Indoor Game


    Malam Seribu Kenangan

    Aktiviti Tahun 2009


    Pendaftaran Ahli Kelab Sahabat Perpustakaan



    Program Jalinan Mutiara



    Sehari Bersama Perpustakaan

    KOLEKSI SUMBER MEDIA



    Koleksi sumber media terdiri dari CD-ROM yang mengandungi judul-judul akademik seperti kejuruteraan, sains dan komputer. Para pelajar boleh meminjam koleksi ini selama dua hari sebagai rujukan atau menggunakan komputer yang disediakan untuk menonton CD berkenaan.
    KOLEKSI CD ROM YANG TERDAPAT DI PERPUSTAKAAN

    PUSAT SUMBER



    Pusat sumber perpustakaan dibuka untuk kegunaan pelajar bagi menjalankan aktiviti seperti bengkel kemahiran, seminar, pertandingan dan pelbagai lagi.

    Pusat sumber ini dapat memuatkan hampir 100 orang pelajar dalam satu masa dan dilengkapi dengan sistem audio visual dan pentas kecil.



    PERKHIDMATAN FOTOSTAT



    Perkhidmatan fotostat boleh di dapati di perpustakaan dengan harga yang berpatutan kecuali pada cuti semester.

    ZON SENYAP



    Mutiara Ilmu @ Zon Senyap 

    Mutiara Ilmu adalah sebuah ruang khas untuk pengguna mengulangkaji pelajaran sambil bersantai membaca bahan bacaan dengan persekitaran yang lebih kondusif. Ia mula beroperasi mulai 17 Mei 2010 dari pukul 02.30 petang sehingga 04.30 petang. Perkhidmatan internet ditempatkan di ruang Mutiara Ilmu dimana terdapat 7 buah komputer disediakan bagi memudahkan pelajar mengakses maklumat. Para pelajar dikehendaki menulis butiran diri pada borang yang disediakan di kaunter Mutiara Ilmu.

    Sila pastikan anda:

    ·       Tidak membuat bising
    ·       Meletakkan bahan bacaan semula di rak yang disediakan
    ·       Tidak melakukan vandalisme
    ·       Tidak mengubah susun atur perabot

    ::Gunakan kemudahan yang diberi dengan bijak::





    AKTIVITI SEMESTER JULAI – DISEMBER 2009

    JULAI
    ·        Lawatan dari Institut Perindustrian Pedas
    ·        Orientasi Perpustakaan

    OGOS
    ·        Pendaftaran Kelab Sahabat Perpustakaan
    ·        Pogram Kerja Amal Susun Atur Buku

    SEPTEMBER
    ·        Hari Bersama Perpustakaan

    OKTOBER
    ·        Program Jalinan Mutiara (Pertandingan Bowling antara Kelab Sahabat Perpustakaan dan Kelab Multimedia)
    ·        Program Malam Titian Kasih

    AKTIVITI SEMESTER JANUARI - JUN 2009


    AKTIVITI SEMESTER JANUARI – JUN 2009

    JANUARI
    ·        Orientasi Perpustakaan
    ·        Lawatan akademik ke Politeknik Nilai
    ·        Pendaftaran Kelab Sahabat Perpustakaan

    MAC
    ·        Program Kerja Amal Susun-Atur Buku
    ·        Ceramah motivasi oleh Tuan Hj. Noorazman

    APRIL
    ·        Lawatan Akademik ke Pesta Buku Antarabangsa
    ·        Makan Malam Perpustakaan

    BULETIN PERPUSTAKAAN



    Buletin perpustakaan diterbitkan setiap tahun di mana ia memaparkan aktiviti-aktiviti dan perkembangan perpustakaan sepanjang tahun. Ia boleh didapati dalam bentuk cetakan di perpustakaan atau boleh dimuat-turun di dalam blog ini. Untuk muat turun, klik pada tahun yang tertera.

    Tahun 2010


    KOLEKSI KERTAS PEPERIKSAAN



    Koleksi kertas peperiksaan disediakan khusus buat para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran bagi memudahkan mereka menghadapi peperiksaan akhir. Koleksi peperiksaan ini boleh difotostat di kiosk yang disediakan dan kini dalam perancangan untuk menjadikan koleksi peperiksaan ini dalam bentuk digital.


    KOLEKSI LATIHAN INDUSTRI



    Koleksi latihan industri disediakan sebagai rujukan buat para pelajar yang akan menjalani latihan industri pada masa hadapan. Koleksi ini disumbangkan oleh para pelajar yang telah melalui latihan industri ini.


    KOLEKSI AKHBAR DAN MAJALAH



    Koleksi akhbar dan majalah terdiri dari akhbar-akhbar utama di Malaysia seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, Harian Metro, News Strait Times, The Star, Tamil Nesan, dan Sin Chew Daily. Untuk majalah pula, para pengguna diberikan variasi tema majalah seperti Anjung Seri, Mingguan Wanita, Mastika, Nur, Kereta dan berbagai-bagai lagi.
    KOLEKSI AKHBAR HARIAN


    KOLEKSI MAJALAH