Selamat datang ke Perpustakaan Politeknik Port Dickson. Kami komited dalam menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang cekap dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KOLEKSI PINJAMAN TERBUKA



Koleksi pinjaman terbuka di perpustakaan ini lebih menjurus kepada bidang pengajian yang terdapat di Politeknik Port Dickson iaitu Perdagangan,  Matematik dan Sains Komputer, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik. Selain itu terdapat juga pelbagai bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen terbitan terkini untuk para pelajar.