Selamat datang ke Perpustakaan Politeknik Port Dickson. Kami komited dalam menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang cekap dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

ZON SENYAP



Mutiara Ilmu @ Zon Senyap 

Mutiara Ilmu adalah sebuah ruang khas untuk pengguna mengulangkaji pelajaran sambil bersantai membaca bahan bacaan dengan persekitaran yang lebih kondusif. Ia mula beroperasi mulai 17 Mei 2010 dari pukul 02.30 petang sehingga 04.30 petang. Perkhidmatan internet ditempatkan di ruang Mutiara Ilmu dimana terdapat 7 buah komputer disediakan bagi memudahkan pelajar mengakses maklumat. Para pelajar dikehendaki menulis butiran diri pada borang yang disediakan di kaunter Mutiara Ilmu.

Sila pastikan anda:

·       Tidak membuat bising
·       Meletakkan bahan bacaan semula di rak yang disediakan
·       Tidak melakukan vandalisme
·       Tidak mengubah susun atur perabot

::Gunakan kemudahan yang diberi dengan bijak::