Selamat datang ke Perpustakaan Politeknik Port Dickson. Kami komited dalam menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang cekap dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

PIAGAM PELANGGAN



KAMI BERILTIZAM DAN BERJANJI AKAN:-
·        memberikan perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan koleksi tidak melebihi 1 minit.
·        memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang di luluskan.
·        memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan.
·        memastikan susun-atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali maklumat.

Dalam melaksanakan tugas ini, kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan.