Selamat datang ke Perpustakaan Politeknik Port Dickson. Kami komited dalam menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang cekap dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

LATAR BELAKANG



Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bertujuan melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, ICT dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif ke pendidikan tinggi, iaitu ke IPTA ataupun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej komuniti. Pada sesi Julai 2006, terdapat seramai 35,216 pelajar yang mengikuti program di peringkat sijil dan 44,566 pelajar yang mengikuti program di peringkat diploma.

           Politeknik KPTM mula diperkenalkan pada 1969 melalui Rancangan Colombo dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Pendidikan politeknik telah dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979), Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan (1991) dan Pelan Induk Perindustrian Negara (1985-1995). Sehingga kini terdapat 18 buah politeknik dan dua buah politeknik kota yang sedang beroperasi di seluruh negara.
           
          Perpustakaan Politeknik Port Dickson ini ditubuhkan pada tahun 1990, seiring dengan kewujudan Politeknik Port Dickson. Secara keseluruhan nya, ia mula beroperasi pada tahun 1991. Perpustakaan ini juga memainkan peranan dalam membantu pelajar, pensyarah dan kakitangan Politeknik dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan  sejajar dengan Misi, Visi dan Objektif Politeknik.